assalamualaikum~
lama sudah tak update. agagaga. maklumlah cuti kan. huu~ semalam ada seorang hamba ALLAH cakap dengan indah. dia suruh indah belajar cara bercinta yang matang. erkk ? zappp ! sekejap dekat situ. tahu lah indah ni masih kanak-kanak riang ria lagi. tokseh lah sampai cakap macam gitu. sentap giler kodd. disebabkan indah ni pantang dicabar sebab cara dia cakap macam mencabar. grrr ! indah pun search lah kat
Mr. Google cute tu. agak kelakar jugak lah bila search pasal tu. then, masa indah search tak ada lah pulak keluar yang pasal matang. tapi ada keluar pasal bercinta dalam islam. indah pun tengok lah dekat link link yang berduyun tu. then, indah ada buka satu blog yang ada cakap pasal bercinta dalam islam. dekat blog tu rupanya dia cakap pasal pengalaman dia sendiri. indah baca pun, adoi lah sedih giler !
tapi pengalaman dia tu dapat jadikan diri dia lebih baik.
tiada istilah bercouple dalam islam. bercinta dalam islam apabila seorang lelaki telah sah menjadi suami. telah menjadi lumrah manusia untuk saling menyayangi antara satu sama lain. indah ada baca satu artikel, dalam artikel tu cakap. bila kamu menyukai dan menyayangi seseorang, maklumkan kepada orang tuamu. untuk pinang dia. ikatlah dia dengan pertunangan. semasa pertunangan inilah masa kita mengenal pasangan kita. apabila kita rasa tidak sesuai, kita boleh meminta putus dengan cara baik.
bercouple ni boleh bagi kita banyak dugaan. iaitu zina. bukan zina persetubuhan. tapi zina mata, zina lidah, zina hati.
dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah
bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan.Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempatmaksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia.
maknanya selama kita bercinta kita akan mengalami zina hati ? Ya ALLAH ! seriously, if indah ta search dan baca memang indah tak tahu. indah pun bukan nya pandai sangat bab-bab ni. tapi tak salah kan belajar daripada tak tahu dan tak mahu belajar ?
tapi kita tak salah kalau hendak berkawan selagi mematuhi syara' . neither bercinta secara matang nor bercinta dalam islam, dua-dua kena apabila kita dah berkahwin. huu ~ lagipun kita tak tahu sama ada boy or girl kita tu kita punya the other half kan.
surah Al-Baqarah,ayat 216..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
rasanya ayat ni boleh pujuk diri bila kita nak tinggalkan benda ni untuk mendapatkan yang lebih baik.
sama-sama berubah in shaa allah. semoga ALLAH redhai.
He knows best. sweet kan ?
live well or live hell. you choose.
May ALLAH bless you


No comments:
Post a Comment